Wednesday, November 24, 2010

The Ending

Hidup ini adalah satu pinjaman daripada Allah S.W.T.
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Setiap satu kelahiran pasti akan diiringi dengan satu kematian.
Allah Maha Besar,
Allah Maha Penyayang.


Tepat jam 5.40 petang, tanggal 23 November 2010, Tok Abah telah kembali ke Ramatullah. Mungkin Allah tidak sanggup lagi melihat penyeksaan yang harus dilaluinya dan dengan itu, Allah Maha Penyayang, telah mengambil kembali jasad yang pernah dipinjamkanNya kepada kami semua selama 80 tahun. Waallahhualam. 
Sebagai hambaNya, dengan rendah diri memohon doa keatasNya supaya menempatkan nenekanda tercinta di kalangan orang orang yang beriman, mengampunkan segala dosanya dan memohon supaya kesemua ibadatnya diterima Allah S.W.T. Amin.
Al-Fatihah.


Lots of love.
You will be missed.

1 comment:

SyariNaNa Kataku said...

takziah,nadia...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah datuk kamu dan ditempatkan di kalangan org yg soleh...amin